Saturday, August 27, 2016

Keselamatan Perjalanan

Tidak lama lagi, Hari  Raya Haji akan menjelang tiba, pasti ramai akan pulang ke kampung untuk bersama keluarga tercinta, disini saya sharekan beberapa tips keselamatan sebelum anda memulakan perjalanan.


Jika anda hendak memulakan perjalanan di atas jalan raya, pastikan kereta anda diservis. kereta anda mungkin dapat membawa anda dari rumah ke pejabat dan kembali setiap hari tetapi perjalanan tanpa henti selama beratus-ratus kilometer adalah cerita yang sama sekali berbeza. perkara yang perlu anda beri perhatian adalah termasuk kepada minyak brek kenderaan anda, pad brek dan tayar kenderaan anda.

Pastikan anda memakai tali pinggang keselamatan anda senantiasa tidak kira anda duduk dibahagian hadapan ataupun di bahagian tempat duduk belakang kereta.

Memandu untuk jangka masa yang panjang boleh meletihkan sesiapa sahaja yang memandu. Untuk mengelakkan ketegangan mata dan keletihan, buatlah hentian kerap atau menukar tugas memandu setiap 2 - 3 jam jika anda balik kampung atau melancong dengan orang lain.

Jangan tinggalkan anak anda di dalam kereta bersendirian kerana haba yang terkumpul di dalam kenderaan anda boleh menyebabkan strok haba, yang kadang-kadang boleh membawa maut.

Jangan lupa untuk menghidupkan lampu kenderaan anda dengan sewajarnya, seperti apabila senja menghampiri atau dalam cuaca hujan.

Itulah sahaja beberapa tips mudah keselamatan perjalanan untuk anda ikuti, semoga perjalanan pulang ke kampung anda berjalan lancar.