Tuesday, September 6, 2016

Petua Halau Nyamuk

Dengan tersebarnya berita tentang adanya Virus Zika di Malaysia, diharapkan petua ini dapat membantu dalam menghalau nyamuk pembawa Zika yang merbahaya. Di sini saya sertakan beberapa petua menghalau nyamuk.

Petua 1 : Menggunakan Bahan Masakan Yang Biasa

Ambil beberapa bunga cengkih, sebatang serai(dipotong halus), sebiji limau purut/limau nipis/lemon dan segelas air suam. Perah limau ke dalam gelas air suam dan masukkan kesemua bahan yang lain. Tutup gelas dan biarkan dalam 2,3 jam sehingga air berbau wangi. Tapis air tersebut dan simpan dalam botol kaca dalam fridge (boleh disimpan selama 2 atau 3 hari). Sapukan pada bahagian badan yang sering digigit nyamuk sebelum tidur.

Petua 2 : Bunga Cengkih Dan Limau

Cucuk beberapa cengkih di atas limau yang telah dipotong dua seberapa banyak yang anda suka. Kalau limau dah kecut, buat yang baru.


Monday, September 5, 2016

Soal Jawab Kesihatan: Asma & Jerebu

Saya mempunyai seorang anak yang menghidap penyakit asma. Dengan keadaan semasa kualiti udara yang kurang memuaskan, haruskah anak saya menghadiri sekolah? Apakah langkah-langkah yang perlu saya ambil untuk mencegah serangan asma?

Kualiti udara telah menjadi semakin buruk di negara ini sejak kebelakangan ini. Nasihat saya kepada ibu bapa adalah untuk memastikan anak-anak mereka yang mengidap asma memakai topeng muka dan mengehadkan aktiviti luar mereka. Saya menjangkakan bahawa kerajaan akan mengarahkan sekolah ditutup jika kualiti udara menjadi lebih teruk.

Secara umum, saya akan menasihatkan ibu bapa dan anak-anak mereka agar tidak keluar rumah dan untuk memastikan tingkap dan corong sistem pengudaraan ditutup. Ia juga penting untuk memerhatikan kualiti udara melalui laman web Jabatan Alam Sekitar (apims.doe.gov.my). Langkah berjaga-jaga yang biasa dikenakan; minum banyak air untuk membantu badan membuang toksin yang diserap dari udara dan memastikan anda dan anak-anak anda mencuci tangan dan muka dengan kerap.

Dapatkan nasihat doktor dengan segera jika anak anda mengalami masalah pernafasan dan bersedia dengan ubat-ubatan asma jika perlu, terutama ubat sedut. Penapis udara adalah idea yang baik, pastikan unit penapis udara tersebut yang boleh dipercayai yang dapat membuang zarah kabut.