Sarapan pagi merupakan sesuatu yang amat penting yang selalu dilupakan dikalangan muda mudi zaman sekarang mungkin kerana terlalu sibuk dengan urusan yang perlu disiapkan. Sarapan pagi merupakan suatu perkara yang amat penting untuk memulakan hari anda kerana ianya dapat membuatkan hari anda lebih ceria dan bertenaga.
Kepentingan Sarapan Pagi:-
Sumber Tenaga
Sarapan merupakan sumber tenaga yang penting untuk memulakan hari anda. Ianya dapat menambahkan daya tumpuan.
Vitamin Untuk Badan
Dinasihatkan agar mengambil makanan yang kaya dengan karbohidrat untuk membekalkan tenaga, protein dan sayuran. Umpamanya roti, tenusu dan telor.
Membantu Mengekalkan Berat Badan
Mereka yang bersarapan pagi, kurang berdepan dengan masalah berat badan. Ini kerana pemakanan mereka teratur.
Mengelakkan Dari Mengambil Makanan Ringan Pada Waktu Pagi
Dapat Mengelakkan Dari Makan Lebih Di Waktu Makan Lain
Panduan Agar Anak Anda Bersarapan:-
Yakinkan anak anda yang sarapan adalah sajian yang penting selain dari makan malam.
Sediakan sarapan yang mereka minati.
Jangan sarapan dengan menu yang sama, pelbagaikan sarapan mereka.
Bersarapanlah bersama-sama.
Semoga beberapa panduan sarapan pagi ini dapat menceriakan lagi hari anda sekeluarga.
Tuesday, November 27, 2007
Manfaat Sarapan Pagi
Posted by Afiza at 1:11 PM 0 comments
Labels: Kesihatan
Monday, November 26, 2007
Petua Memilih Buah Tembikai
Memilih buah tembikai memang agak sukar bagi mereka yg tidak biasa dengannya kerana kita tidaklah nampak akan isi didalamnya. Silalah ikuti petua ini supaya buah tembikai yg anda pilih tadi elok untuk dimakan.
Pertama sekali pastikan kulit buah tembikai yg dipilih tadi licin, kemudian pastikan pangkalnya gemuk dan semakin ke hujung semakin warnanya bertukar ke warna putih kuning air. Tepuk-tepuk sedikit buah tembikai itu, sekiranya ia mengeluarkan bunyi yg seakan-akan kosong, insyaallah ia sudah masak dan elok isinya.
Itulah petua bagaimana untuk memilih buah tembikai yg elok, semoga saudara dan saudari semua berjaya memilih buah tembikai yg elok untuk dimakan.
Posted by Afiza at 10:46 PM 0 comments
Sunday, November 25, 2007
Petua Elak Semut Dalam Gula
Gula yang disimpan pasti akan mengundang semut, ikutilah petua ini agar gula yang disimpan tadi tidak akan dihurung oleh semut.
Letakkan beberapa butir bawang merah dan bunga cengkih kedalam bekas simpanan gula dan ditutup rapat. Pasti semut tidak akan lagi menghurungi bekas gula anda. Insyaallah. Selamat mencuba.
Posted by Afiza at 10:34 PM 0 comments
Labels: Petua
Saturday, November 24, 2007
Petua Agar Mudah Menghiris Daging
Ikutilah petua ini agar daging mudah dihiris.
Mula-mula, basuh dan keringkan air pada daging yg dibasuh tadi. Masukkan daging ke dalam beg plastik dan dibungkus dengan kemas. Kemudian, masukkan daging yg telah dibungkus tadi ke dalam peti ais di bahagian pembeku dan biarkan selama setengah jam.
Keluarkan daging tadi dan bolehlah dihiris. Hiris daging mengikut jalur melintang agar daging tersebut lebih lembut. Harap petua ini memudahkan saudari semua. Insyaallah.
Posted by Afiza at 10:40 PM 0 comments
Labels: Petua
Friday, November 23, 2007
Panduan Memilih Kasut Sukan Yang Sesuai
1. Pilih kasut sukan yang bersesuaian dengan aktiviti yang akan dilakukan. Jenis kasut yang menutup permukaan kaki sesuai digunakan untuk sukan jenis aerobik misalnya badminton dan tenis.
2. Ketika mencuba kasut itu sarungkan kedua-duanya sekali dan pastikan kasut itu tidak terlalu ketat. Cuba berjalan. membongkok dan melompat dengan menggunakan kasut itu, ini untuk memastikan kaki anda berasa selesa dengan kasut yang akan dibeli.
3. Beli kasut sukan baru anda tatkali hari menjelang petang kerana otot kaki diwaktu ini sedang mengembang. Keadaan ini paling hampir dengan keadaan semasa anda sedang bersukan.
Itulah beberapa panduan yang boleh anda ikuti semasa hendak membeli kasut sukan baru anda.
Selamat Mencuba.
p/s : Pilih kasut olahraga yang mempunyai kusyen yang tebal dan ringan agar risiko kecederaan dapat dikurangkan.
Posted by Afiza at 10:35 PM 0 comments
Labels: Aksesori
Thursday, November 22, 2007
Petua Maniskan Jagung Rebus
Jagung yang direbus memanglah enak untuk dimakan, tapi jika tidak kena caranya jagung yang direbus tadi pasti tidak manis dan enak untuk dimakan. Ikutilah petua ini supaya jagung yang direbus tadi menjadi manis dan enak dimakan.
Sebelum jagung direbus, cuci jagung berkenaan sehingga bersih. Semasa merebus jagung tersebut, masukkan beberapa batang tebu tua yg telah dibuang kulit dan dicuci terlebih dahulu. Susun tebu dan jagung tersebut secara berlapis-lapis didalam periuk rebusan, pastikan jagung dan tebu tersebut terendam di dalam air rebusan, insyaalah jagung yang direbus itu akan menjadi lebih manis rasanya.
Posted by Afiza at 10:44 PM 0 comments
Labels: Petua
Resepi Nasi Goreng Udang
Bahan-Bahan
3 pinggan nasi putih
2 cawan udang basah saiz ikut suka
6 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
5 biji cili padi - ditumbuk
1 ulas bawang besar - ditumbuk
4 sudu besar kicap manis
Minyak untuk menggoreng
Garam secukup rasa
Cara Menyediakannya
Panaskan minyak didalam kuali, tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk sehingga wangi. Masukkan udang dan kacau. Setelah udang hampir masak, masukkan nasi dan gaulkan sehingga rata. Kemudian masukkan garam secukup rasa. Tutup api dan angkat.
Selamat mencuba.
Posted by Afiza at 10:39 PM 0 comments
Labels: Resepi
Tuesday, November 20, 2007
Tips Agar Anting-Anting Kekal Lama
Anting-anting jika kena dengan sipemakainya boleh menaikkan lagi seri wajah sipemakai. Oleh itu, anting-anting yang dipakai haruslah dijaga kerana pastinya harga yang dibayar bukanlah murah. Ikutilah tips ini agar anting-anting kekal lebih lama.
1. Simpan anting-anting didalam bekas yang bertutup dan kering.
2. Bersihkan anting-anting yang sudah dipakai menggunakan tisu yang lembut kerana peluh boleh merosakkan perak dan emas.
3. Semburan minyak wangi yang mengandungi alkohol boleh merosakkan anting-anting dan barang perhiasan yang lain, oleh itu jangan menyembur minyak wangi beralkohol ke anting-anting anda.
4. Elakkan anting-anting daripada terkena air.
5. Berhiaslah terlebih dahulu sebelum memakai anting-anting kerana debu alat solekan boleh mencacatkan rupa anting-anting yang dipakai.
Itulah beberapa tips yang boleh diikuti agar anting-anting yang dipakai kelihatan cantik dan berseri senantiasa. Insyaallah.
Selamat mencuba.
Posted by Afiza at 10:42 PM 0 comments
Labels: Aksesori
Sunday, November 18, 2007
Resepi Asam Pedas Ikan Jenahak
Bahan-bahan
1 ekor ikan jenahak sederhana besar
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
200 gram cili kering
1 sudu teh belacan
1 sudu teh kunyit hidup
2 helai daun limau purut
5 batang kacang bendi
2 sudu besar minyak masak
3 cawan air asam jawa
Garam secukup rasa
Cara Membuatnya
Siang ikan jenahak dan potong mengikut saiz yg dikehendaki, basuh bersih dan toskan. Kisar bawang merah, 3 ulas bawang putih, belacan dan kunyit hidup sehingga halus. 2 ulas bawang putih yg selebihnya dihiris. Panaskan minyak, apabila minyak sudah panas, tumiskan bawang putih yg telah dihiris tadi sehingga kuning dan naik bau. Kemudian masukkan air asam jawa, ikan, kacang bendi dan daun limau purut. Biarkan sehingga mendidih. Tambahkan garam sehingga secukup rasa.
Selamat Mencuba.
Posted by Afiza at 7:30 AM 0 comments
Labels: Resepi
Saturday, November 17, 2007
Bagaimana Menjadikan Dapur Berpulau Berkelebihan
Mempunyai rumah yang luas merupakan simbol kekayaan seseorang dan menjadikan semua ruang yang ada pasti lebih besar dari rumah biasa. Apa yang ingin disentuh adalah tentang kelebihan mempunyai rumah yang besar dan pastinya ruang dapur yang besar. Mempunyai ruang dapur yang luas adalah satu kelebihan buat pemilik kerana membolehkan pemiliknya membina dapur berpulau.
Dapur berpulau lebih praktikal kerana:-
1. Mudah Alih.
2. Kedudukan laci boleh dihalakan kemana-mana yang bersesuaian mengikut kehendak pemilik.
3. Kerja-kerja mencuci lebih mudah.
Tips Agar Dapur Berpulau Menjadi Tempat Yang Selesa Untuk Bekerja.
1. Bucu meja haruslah berkeadaan melengkung agar tidak terluka bila melanggarnya.
2. Soket haruslah diletakkan disisi meja kerja.
3. Pemegang laci yang lebar agar lebih selesa semasa membuka laci.
4. Pastikan jarak antara laci yang terdekat dengan meja dapur berpulau diantara 3 kaki hingga 4 kaki agar selesa semasa membuka laci.
Posted by Afiza at 10:22 PM 0 comments
Labels: Casa Impian